Ringkasan mingguan Fit for Action

Minggu 1: 3 September 2022

MingguFizikalLakon layar
Minggu 1

Peserta dikehendaki melalui 3 jenis halangan:

  • Weighted Jerry Can Carry: Peserta perlu mengangkat bebanan seberat 20 kilo dan membawa bebanan itu ke halangan kedua.
  • Tyre Wall: Peserta perlu memanjat tiga lapisan tayar dan terus ke halangan ketiga.
  • The Peak: Peserta perlu memanjat struktur tiga segi setinggi 5 meter.

Dalam cabaran ini, Lisa berjaya memperoleh masa terpantas 1:45:32 saat manakala Aidil dengan masa terpantas 1:17:21 saat.

Bagi cabaran lakonan minggu pertama, Aziz M. Osman memberikan tugasan kepada setiap peserta dan memberi tips cara berlakon kepada mereka sebelum memasuki set penggambaran. Tugasan kecil diberikan yang mana para peserta menceritakan pengalaman menarik dalam hidup masing-masing. Selepas perkongsian selesai, pengarah akan memberi watak yang bersesuaian kepada peserta. Pemenang cabaran fizikal, Lisa dan Aidil diberikan watak hero dan heroin dalam drama pendek Di Mana Rina?.[15]

  • Juri jemputan: Aaron Aziz
  • Keputusan: Tiada penyingkiran

Minggu 2: 10 September 2022

MingguFizikalLakon layar
Minggu 2

Peserta dikehendaki melalui 3 jenis halangan:

  • Weighted Overhead Squat: Peserta perlu mengangkat bebanan seberat 3 kilo dan membawa bebanan itu ke halangan kedua.
  • Paracord Crawl: Peserta perlu merangkak di bawah halangan ini.
  • Pole Swing: Peserta perlu berjalan di atas tiang yang tergantung.

Dalam cabaran ini, Lisa berjaya memperoleh masa terpantas 2:19:32 saat manakala Marc dengan masa terpantas 1:59:16 saat.

Zooey dan Aidil diumum sebagai penerima hadiah istimewa Dutch Lady selepas berjaya mengumpul bendera Dutch Lady terbanyak.

Bagi cabaran lakonan minggu kedua, Heykal Hanifah memberikan tugasan kepada setiap peserta dan memberi tips cara berlakon kepada mereka sebelum memasuki set penggambaran. Tugasan kecil diberikan yang mana para peserta menceritakan pengalaman menarik dalam hidup masing-masing. Selepas perkongsian selesai, pengarah akan memberi watak yang bersesuaian kepada peserta. Pemenang cabaran fizikal, Lisa dan Marc diberikan watak hero dan heroin dalam drama pendek P/S: I Heart U.

  • Juri jemputan: Erra Fazira
  • Keputusan: Syahmie dan Amanda tersingkir pada minggu kedua.

Minggu 3: 17 September 2022

MingguFizikalLakon layar
Minggu 3

Peserta dikehendaki melalui 3 jenis halangan:

  • Tyre Flip: Peserta perlu membalikkan tayar bebanan sebanyak 6 kali dan menuju ke halangan kedua.
  • Rope Climb: Peserta perlu memungut bendera Dutch Lady sebanyak mungkin dan kemudian memanjat tali tersebut dan membunyikan loceng di atas sebelum turun ke bawah. Perlu naik atas kembali sekiranya terjatuh.
  • Hand's On Fire: Peserta perlu memanjat palang mengimbangi diri mereka bergerak ke sisi hingga ke hujung palang dan memecut ke garisan penamat.

Dalam cabaran ini, Lisa berjaya memperoleh masa terpantas 2:32 saat manakala Aidil dengan masa terpantas 1:04 saat.

Lisa dan Amir diumum sebagai penerima hadiah istimewa Dutch Lady selepas berjaya mengumpul bendera Dutch Lady terbanyak.

Bagi cabaran lakonan minggu ketiga, Ellie Suriaty memberikan tugasan kepada setiap peserta dan memberi tips cara berlakon kepada mereka sebelum memasuki set penggambaran. Tugasan kecil diberikan yang mana para peserta menceritakan pengalaman menarik dalam hidup masing-masing. Selepas perkongsian selesai, pengarah akan memberi watak yang bersesuaian kepada peserta. Peserta kumpulan A diberikan watak utama dalam drama pendek Rumah bahagian 1, manakal peserta kumpulan B diberikan watak utama dalam bahagian 2.

  • Juri jemputan: Farid Kamil
  • Keputusan: Raden, Muaz, Kavita dan Danish tersingkir pada minggu ketiga.

Minggu 4: 24 September 2022

MingguFizikalLakon layar
Minggu 4

Peserta dikehendaki melalui 3 jenis halangan:

  • Skipping Rope: Peserta perlu skipping sebanyak 10 kali dan menuju ke halangan kedua.
  • Swing Away: Peserta perlu mengikat tali skipping terlebih dahulu di badan mereka dan bergerak dari satu tayar ke satu tayar dan terus ke halangan ketiga.
  • Tyre Run: Peserta perlu pecut terus garisan penamat.

Dalam cabaran ini, Zooey berjaya memperoleh masa terpantas 1:28 saat manakala Amir dengan masa terpantas 1:10 saat.

Bagi cabaran lakonan minggu keempat, Ellie Suriaty memberikan tugasan kepada setiap peserta dan memberi tips cara berlakon kepada mereka sebelum memasuki set penggambaran. Tugasan kecil diberikan yang mana para peserta menceritakan pengalaman menarik dalam hidup masing-masing. Selepas perkongsian selesai, pengarah akan memberi watak yang bersesuaian kepada peserta. Peserta diberikan watak utama dalam drama pendek Cinta Untuk Ainul.

  • Juri jemputan: Nabila Huda
  • Keputusan: Tiada penyingkiran pada minggu keempat.

Minggu 5: 1 Oktober 2022

MingguFizikalLakon layar
Minggu 5

Peserta dikehendaki melalui 3 jenis halangan:

  • Tyre Pull: Peserta perlu menarik tayar seberat 30 kilogram dalam kedudukan squat dan menuju ke halangan kedua.
  • Fence Climb: Peserta perlu memanjat pagar dan turun dari pagar dan panjat pagar kedua, kemudian turun kembali dan terus pecut ke halangan ketiga.
  • Ring Swing: Peserta perlu hayun dari satu gelang ke satu gelang yang lain sehingga ke hujung gelang. Sekiranya mereka terjatuh, mereka dikenakan penalti dengan melakukan rival squat dengan kiraan masa dan terus ke garisan penamat.

Dalam cabaran ini, Lisa berjaya memperoleh masa terpantas 1:51 saat manakala Muaz dengan masa terpantas 1:05 saat.

Bagi cabaran lakonan minggu kelima, Heykal Hanifah memberikan tugasan kepada setiap peserta dan memberi tips cara berlakon kepada mereka sebelum memasuki set penggambaran. Tugasan kecil diberikan yang mana para peserta menceritakan pengalaman menarik dalam hidup masing-masing. Selepas perkongsian selesai, pengarah akan memberi watak yang bersesuaian kepada peserta. Peserta diberikan watak utama dalam drama pendek Dua Jiwa.

  • Juri jemputan: Ahmad Tarmimi Siregar
  • Keputusan: Muaz dan Raden diserap semula. Aidil dan Lenny tersingkir pada minggu kelima.

Minggu 6: 8 Oktober 2022

MingguFizikalLakon layar
Minggu 6

Peserta dikehendaki melalui 5 jenis halangan:

  • Run Barrel: Peserta perlu memikul bebanan seberat 10 kilogram dan berlari ke halangan kedua.
  • Tyre Drag: Peserta perlu menarik tayar seberat 30 kilogram menggunakan rantai besi dan berlari ke halangan ketiga.
  • Pallet Shuffle: Peserta perlu melompat dari satu palet ke satu palet yang lain. Sekiranya terjatuh, peserta perlu mengulangi halangan keempat.
  • Fireman Hole: Peserta perlu memanjat jaring dan berguling di atas jaring dan dikehendaki memilih sama ada untuk turun menggunakan jaring atau tiang dan berlari ke halangan kelima.
  • The Peak: Peserta perlu memanjat tiga segi setinggi 5 meter sambil mengumpul bendera Dutch Lady paling terbanyak dan pecut ke garisan penamat.

Dalam cabaran ini, Lisa berjaya memperoleh masa terpantas 3:57 saat manakala Muaz dengan masa terpantas 2:08 saat.

Bagi cabaran lakonan minggu keenam dan terakhir, Aziz M. Osman memberikan tugasan kepada setiap peserta dan memberi tips cara berlakon kepada mereka sebelum memasuki set penggambaran. Tugasan kecil diberikan yang mana para peserta menceritakan pengalaman menarik dalam hidup masing-masing. Selepas perkongsian selesai, pengarah akan memberi watak yang bersesuaian kepada peserta. Peserta diberikan watak utama dalam drama pendek Plan B.

  • Juri jemputan: Janna Nick
  • Keputusan: Muaz dan Raden dinobatkan sebagai juara.[16]

Rujukan

WikiPedia: Fit for Action https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2022/... https://www.kosmo.com.my/2022/09/02/fit-for-action... https://www.kosmo.com.my/2021/05/28/fit-for-action... https://ohbulan.com/muaz-zabir-raden-rangkul-gelar... https://www.youtube.com/playlist?list=PLaXOt0nSNIu... https://www.budiey.com/fit-for-action/ https://www.getaran.my/artikel/filem-tv/30119/fit-... https://www.getaran.my/artikel/selebriti/29675/ter... https://www.hellokerja.com/2022/09/senarai-peserta... https://www.aimanabdullah.com/2022/10/senarai-peme...